Sabtu, 11 September 2010

Selamat Hari Raya



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


MAAF ZAHIR DAN BATIN


Alhamdulillah, tahun ni aku sempat menyambutinya bersama keluarga tersayang termasuk ahli baru, mr sheggy si kucing putih.

walaupun tahun ni tak ada kemeriahan yang berlangsung, tapi puas bagi meraikan sesudah sebulan berpuasa.

haahaha.. aku nak selitkan beberapa cerita pasal hari raya,

Hari sabtu [4hb sept] aku pergi shopping baju raya, aku sempat belikan sepasang baju melayu termasuk sampin john master untuk aku, dan sepasang baju melayu untuk abah. 2 helai t-shirt, dan berjalan-jalan sekitar bazaar depan melaka sentral tuu..

Packing beg, ke Jusco pada ahad [5hb sept]. Berbuka puasa di Kenny Rogers Roasters, potong rambut! Malam tuu aku naik bas [tiket pukul 10 malam] bersama kakakku. Keluar dari Jusco pukul 9.40, hahah boleh plak jam! abis masa kat situ 18 minit.. nak pusing dan punggah barang kat Melaka Sentral tuu makan masa juga, tiba-tiba ternampak bas aku dah gerak, nasib sempat sebab ada check point JPJ. [terima kasih JPJ]

Sampai di Dungun. Hidup seperti biasa, berlepak-lepak sambil kemas umah sikit, malam berterawih.

8hb, Berbuka puasa bersama kawan rapat [Alip, Acik, Qid, Hanieah, & Afiqah] di pizza hut. Alip bawak canon DSLR dia.
Terawih lagi - malam terakhir.

9hb, Pergi pasar. Teman pergi beli barang dapur. 1st time beli daging hahahah plus aku juga buat rendang daging! 98% aku buat.
hari memenatkan! lewat petang ke pusara mama, bersihkan sekitarnya - SAYUNYA

10hb, Hari lebaran yang mulia. Solat sunat Aidilfitri. bersalam-salaman. Beraya dengan abah dan kak long.. 1st time juga dapat duit raya dari dia [orang dah kerja kerajaan, gaji pertama pula tuu]

ke pusara Arwah mama, bacakan yassin dan doa.
bertandang ke rumah pakcik mat, umah pertama hahaha, dapat rasa laksam - fuhh.. sedap!!

RAYA PERTAMA-KELIMA, aku demam, beraya, makan, minum, gelak-gelak, tidur, tv, lepak, kuih raya.

ke-6, Balik kampung - Pasir Putih Kelantan. Jumpa famili kat sana.

Ada satu cerita, masa on the way balik ke Dungun, aku nak singgah stesen minyak nak pegi toilet. Dah tahan kencing pastu cari pintu tandas tak jumpa-jumpa.. last-last aku pergi tanya budak pakai baju merah yang tengah isi petrol. Malu bertanya sesat jalan, aku selamba tanya budak tuu, "..err toilet kat mana?" balasnya, "..Tuu.." sambil jari telunjuk kearah pintu tandas
ciss, kat situ rupanya..

"Terima kasih" balas aku. Lepas aku keluar tandas tuu, segera ke pintu kereta, huh.. pelik laa, kereta tengah "Q" nak isi minyak, pastu orang ramai beratur kat kaunter.. Baru aku perasan "LAYAN DIRI" mana budak yang tengah isi minyak tuu? bapak aku pon cakap.. dah balik dah, ohh rupanya aku bukan tanya budak pam minyak, hahahhaah..

mintok maap laa demo weh.. sian ko demo, kawe ingat demo kijo situ!


Patut laa masa aku tanya dia tuu muka dia ke-pelikkan.. tapi bagus laa budak tuu, memudahkan aku dalam mencari pintu tandas. Berbudi bahasa budata kita.

Raya seterusnya, beraya ke rumah Hanieah, pergi kenduri kawin jiran aku, Fatihi.. makan dan makan.. sambil surf internet, selam mata dengan rancangan tv.

Kemas baju, untuk balik ke Melaka...
Perasaan dah malas nak balik.

Sampai di Melaka 18hb sept, Lepak dan lepaskan penat duduk dalam bas 8 jam perjalanan..

Okeh tamat sudah laporan cuti aku yang tak ada pengisian dan unsur-unsur menarik.. tapi survey menyatakan bahawa.. raya tahun ni biasa-biasa sahaja.. takpa laa janji raya dengan diri sendiri bersama keluarga tersayang!

maaf zahir dan batin sekali lagi!

0 org y berkomen: