Hari: Sabtu
Bersamaan: 29 ramadhan
Hari ini hari terakhir umat Islam berpuasa di bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak.
Permulaan hari dimulakan pada subuh, ketika itu semua orang rumah aku tidak terjaga untuk bersahur dan abah aku tidak ber Qial mulail. setelah mandi dan solat, aku bersama abang aku dan abah bergerak ke kuala Terengganu untuk mencari baju melayu. Perh awal giler gerak. Maklum lah mahu ke sana awal nanti tidaklah sesak orang nak pulang ke kampung. Itu alasan abahku.
sampai di sana pukul 8.30 pagi, lepak di office sampai pukul 10 lebih. dan barulah turun ke bandar Kuala Terangganu untuk bershopping. Aku lebih suka ke Kuantan, tapi kerana lebih dekat di sana, terpaksalah! Mesra Mall pun tiada apa-apa.
Mencari baju melayu yang sesuai dengan saiz badan sememangnya susah tambahan lagi membeli pada saat-saat akhir.
kami target baju jenama john master, tapi saiz untuk aku dan abang aku tiada, dan jenis kain dan corak warna tidak berkenan. Abah aku sahaja dapat apa yang beliau mahukan.. kecewa.
Aku pun tidak putus asa, kerana aku mahu baju melayu juga buat tahun ini, sebabnya aku nak beraya sakan bersama teman dan keluarga! Dalam mencari baju di sana, terjumpalah sepasang baju melayu yang aku tercari-cari. warna emas-coklat cappuccino. Geram punya pasal aku pun terus tanya "..saiz S ada tak?" fuhh..... nasib ada, aku cuba pakai.. hem SESUAI !! Masa tengah cuba, tengok "tag" harga
jenama: Crocodile
saiz: S
harga: RM169.90
ewww....... mahal giler!!
iwan tanpa kecewa, dia mengalah "..tak ada baju melayu tahun ini tak mengapa.."
setelah bayar balik ke pejabat. Tunggu sampai habis Shif abah. Tengah tunggu, datang kenalan abahku dari kelantan, dia bagi stok bunga api dan mercun!
Petang, singgah ke Giant mall, beli barang masak untuk makan hari raya nanti. Sungguh Sesak!
sampai rumah, sembahyang dan buka stok bunga api dan mercun sekali baju melayu! Selepas berbuka puasa buat kali terakhir [agak kelam kabut dan kecoh juga] kami bermain mercun dan bunga api! ketika itu, suasana sunyi awal lebaran bergema mercun dan bunga api. Sungguh meriah dari tahun-tahun lepas. Apa lagi berlawan lah sambin mencuba bercun dan bunga api y ng pelik-pelik.
Bersiap-siap solat dan tunggu waktu isyak. Solat berjemaah dia masjid dan sudah menjadi kebiasaan keluarga aku pada malam syawal, kami akan bertakbir, bertahmid, dan berzikir kepada ilahi sebagai aktiviti tetap untuk menyambut hari raya.
Selepas itu, sibuk mengemas dan bersiap-siap seperti basuh baju raya, gelas dan sebagainya.
Aktiviti berakhir pukul 2.30 pagi.
p/s: pada hari jumaat. aku, iwan, kak long dan abah berbuka puasa di masjid. kerana ada majlis berbuka dan pemberian sumbangan anak perantau. AKU ANAK PERANTAU KE? walhalnya aku sudah tamap pengajian hahhahah.. Rezeki Ramadhan!

0 org y berkomen:
Catat Ulasan