Isnin, 5 Oktober 2009

Dungun dilanda ribut

Kejadian berlaku pada hari Selasa 29 september. Dalam pukul 7.00-7.40 petang

Ini kejadian kali ke dua aku rasakan rumah aku di pukul ribut. Kejadian ini disusuli pada keesokkan harinya tapi awal sedikit.

Selama ini, aku hanya rasakan ribut ketika aku berada di Hostel MICET saja itupun tidaklah kuat, kali ini rumahku sendiri yang kena. Terasa berdebar juga laa apabila terdengar siulan angin kencang yang melalui celah-celah pokok dan alur tingkap rumah.

Saat itu aku hanya risau takut-takut bumbung rumah akan terangkat dan pokok kelapa di sebelah rumah tumbang menimpa bilik bapak aku. Angin bertiup kencang yang bersama dengan hujan lebat menjadikan ianya kejadian luarbiasa bagi penduduk sekitar.



Aku cuba bukakan pintu rumah, masa nak buka pintu itu, terasa seperti kita masuk ke bilik tekanan vakum. [pernah masuk bilik janaan penyaman udara di pejabat bapak aku] fuhh.. nak terbang pun ada. lepas itu angin menolak masuk ke rumah, aku cepat-cepat tutup pintu tapi ianya sukar. Bila aku sudah tutup pintu itu, kedengaran bunyi bumbung terangkat.. lewat 10 minit, rumahku dibasahi air hujan.. "..Atap Bocorrr...!! " apa lagi, terus mencari baldi, periuk belanga, tupperware, bekas aiskrim, dan segala macam bekas dikeluarkan untuk tadahi air yang menitik. Sedang kelam kabut, tapp... blackout sudah.. teraba-rabalah semuanya.



Dari mencari bekas, sekarang ini pula mencari lilin dan lampu picit. Penat macam berlari dikejar anjing liar dek perasaan cemas. Dalam kepala masing-masing risau kot-kot kabel elektrik terputus, mujur tidak. Aku segera alihkan meja yang dititiki air hujan di meja telifon rumah, termasuk modem Wi-Fi, telifon dan Yellow Pages. Segeraku kemudian ke laptop untuk disimpan ke dalam almari [ sayang beb].

Cuaca kembali tenang. Setelah solat maghrib, aku, kak long dan adikku melihat sekitar rumah.. YaRabbi... Tunggang langgang.. motor TAQ terpesong sedikit, selipar Corcs sebelah lagi dalam longkang, pasu bunga terjatuh, pokok nona senget macam dahan nak patah. Lampu jalan depan rumah hampir menghala ke rumah aku. Dan seperti dijangkakan, aku menyuluh lampu ke arah bumbung rumah hem.. memang ada kerosakkan. Jiranku bumbung rumahnya lebih teruk lagi dari rumah aku. Terus aku ke rumahnya untuk bertanyakan khabarnya hee..



Pukul 9 malam.. kereta TRANSFORMERS melintasi jalan depan rumah kereta bomba lengkap dengan lampu kecemasan. lepas itu, dengarlah siren entah mana arah bunyinya, dan bunyi mesin gergaji rantai, konferm ada pokok tumbang.

Astro, langsung tak boleh tengok mungkin talaan kedudukan piring setelit rumahaku terpesong beberapa darjah. Lecun rumah aku... dan kesokkan hari barulah datang bantuan bencana, datang bertanyakan kerosakkan.. Bumbung rumah aku sampai hari sabtu dan bumbung rumah aku dibaiki hari Ahad 4 Oktober 2009.



Pesanku.. semasa hujan jangan gunakan talian telifon rumah, internet [ via cable LAN ] dan Astro yang mana penyambungan kabel ke peralatan dan sumber elektrik. Ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan peralatan. Sebaiknya matikan semua peralatan termasuk "unplug" dari soket kuasa. Jika mahu gunakan telifon, gunakan "handphone" untuk mengelakan tersambar kilat. Semasa angin kuat, tutup segala pintu rumah dengan rapat, jauhkan dari tingkap. Seeloknya berada di tenggah-tengah dalam rumah untuk mengelakkan serpihan objek berbahaya yang akan tembusi tingkap atau pintu dan juga mengelakan angin masuk sekaligus menolak bumbung rumah ke atas untuk keluar.

Sungguh Dramatik ketika itu. Hebat sungguh kejadian alam!

0 org y berkomen: