Entahlah kenapalah aku tidak sabar-sabar menantikan 1 Ramadhan 1430 nanti yang bakal menjelma pada 22 Ogos 2009. Dan mungkin sudah 3 tahun aku tidak menjalani puasa lengkap selama 30 hari di rumah aku atau lebih-lebih lagi di Terengganu ini.. kerana suasana di sini meriah berbanding semasa berpuasa di Melaka dan kampus aku dulu.. InsyaAllah akan nanti aku ceritakan kemudian.
Walaupun bersahur dan berbuka puasa dengan anggota keluarga yang tidak mencukupi dan sedikit kelainan berbanding biasa, maklumlah abah dengan syif barunya, kak long dan iwan masing-masing di kampus beliau, kak ngah mungkin sekadar dihujung minggu sahaja pulang. Tinggal lah aku bersama-sama dengan adik pompuan aku. Tambahan lagi aku bakal menjalani ibadah puasa tanpa Arwah mama yang sudah 16 bulan kembalinya ke Rahmatullah dan kali ini memasuki kali ke dua tanpanya.
Tiada perasaan sayu atau terkilan atas sebab tadi [walaupun sedikit], malah aku cukup teruja dan bertambah kukuh menantikan saat menjelang awal Ramadhan nanti... Alhamdulillah.. semoga aku mendapat penghayatan yang penuh lagi bermakna, amin.

0 org y berkomen:
Catat Ulasan