Selepas bangun tidur, aku terus online dan terus mandi nak solat zohor. Selesai solat, duduk men-online lah.. sampai ke maghrib. Fuhh.. mata terpinar-pinar, terasa sembab je kawasan mata. Dan kemudiannya aku menjamu selera, kepala terasa pening dan sakit perut!
Lepak bilik bapak aku tengok tv [ rancangan majalah 3 ]. Paparan pasal masyarakat cina peranakan Kelantan dan sikh' (itu jer sempat aku tengok) dengan keadaan aku sebegini, duduk kat bilik bapak yang sejuk! herm.. Badan dah terasa tidak selesa.
keluar bilik nak solat isya' dan ke tandas [sakit perut]. Selesai keluar dari tandas, tengok Victoria's secret fashion show 2007, kemudian aliff telifon... keadaan teruk, bersin lebih 5kali dan suhu badan yang tinggi dari normal buatkan aku terfikir nak demam.
Sekarang aktiviti pemblogan ini adalah acara terakhir aku kerana nak tidur. Besok, bangun mesti demam punya!
p/s: harap-harap bukan kes influenza A H1N1 kerana aku stay kat rumah jer, dan bukan kes demam denggi.





2 org y berkomen:
dude.
serius, aku rindu kamu.
alah huzai...
releks laa.. baru beberapa bulan tak jumpa dah gila haha
ko ada masalah ke kat sana?
Catat Ulasan