Sudah berlarutan hingga masuk hari ke 5 hujan di waktu petang dan malam. Buatku terbantut semangat aku menyiapkan kerja-kerja mengecat pagar rumah kesayanganku ini hehehe.. Pagi bangun lewat sebab lena hujan pada malamnya, dan malam terasa sunyi lalu terus ke katil dan tidur tanpa banyak bicara.
Hari tu, tak silap aku hari isnin.. angin kencang kire ribut laa.. dan mungkin tempias taufan yang menlanda di Philippine lewat petang tadi.. Aku nak cerita jugak suasana malam tuu, aku duduk dengan adik aku, wah mula-mula bunyi guruh.. ok, releks la.. kemudian susuli dengan hujan yang lebat... dalam 15minit kemudian, angin tiup sampai bunyi macam siulan HANTU...!! bapak punya seram...
hahaa... lagi seram bila bunyi budak jiran sebelah menjerit... lagi aku serabut bertambah bingit. selepas tu, tiup lagi anginnya, mulalah jatuh pelepah kelapa di sekitar halaman rumah aku [ekk... woopss debush...] sekali dengan buah kelapa. Aku buka pintu depan rumah aku, huh.. buka sikit angin masuk macam duduk dalam kereta yang dipandu 100km/j pastu kita hulurkan kepala di luar tingkap! Rasakan. lecun muka aku dek tempias air hujan rahmat. Nak tutup pintu semula pun susah.
Terasa risau la sebab takut-takut terjadi taufan buat pertama kali melanda di Malaysia ni, tak pasal laa.. Angin terus menganas sehingga aku dan adik aku terdengar bunyi bumbung rumah aku terangkat-angkat, bimbang takut terbang.. habis laa ternampak aurat rumah kesayangan aku ini tapi, syukur tiada apa-apa berlaku kejadian buruk.
kejadian ini berlaku sekitar 20.20 - 21.40 pada 1 ogos, benar-benar hebat fenomena alam sehinggakan aku mengintai dekat tingkap setiap bilik di dalam rumah aku, pokok kelapa bergoyang-goyang, aku rasa kalau ada kera tengah bergayut tuu mesti terasa seperti main Roller coaster hahaha. Takut bertambah risau bila terfikir pokok kelapa [betul-betul sebelah rumah aku] itu akan tumbang dan timpa bilik bapak aku.
Akhirnya, kejadian mula beransur baik dan tenang sedia kala. Aku buka pintu rumah untuk keluar, dan dapati anak ayam mati dan pokok buah nona depan rumah terpatah dahannya.. oh alangkah bertuahnya bumi Malaysia bebas ancaman taufan hee.. syukur !





0 org y berkomen:
Catat Ulasan