Rabu, 5 Ogos 2009

al-fatiha


Selepas aku selesai solat asar tadi, aku cuba online kat facebook [pekara wajib] tiba-tiba dekat ruangan chat tu, teman aku waktu diploma di melaka memberi tahu yang ayah kepada kawan aku Khalis Amin meninggal, dan dengan aku terkejut pasal berita itu, kemudiannya bertanyakan kepada kawan rapat aku Ropi, jawapannya sama.. punca sebab meninggal masing-masing tidak tahu... oleh itu kalu siapa-siapa yang tahu hal ini, eloklah memberi tahu kepada aku...

khabaran berita terkejut itu kemudiannya aku teringat pasal kawan aku yang benar-benar tak bertemu, seorang sahabat yang aku kenali sejak sekolah rendah, ketika itu darjah 5 hingga tingkatan 2.. selepas itu dia pindah sekolah tanpa sebarang cerita. Lepas itu , masa aku ke mesra mall bersama abang aku [post baru-baru ini] dekat butik al- ikhsan, sedang abang aku test kasut, aku macam pernah tengok muka mamat ni, sah tapi ragu-ragu nak tegur maka aku buat tak tahu je laa.. sebab dia pon macam tak perasan aku [aku tengok dia poyo semacam jer hahah bersama kawan dia].

Nak jadikan cerita, minggu lepas, tak silap aku hari selasa, 28 julai aku terima teks dari kawan perempuan [siti noriati] yang bertanyakan pasal mamat ini... pada akhir balasan teks itu, dia bagi tahu yang mamat ini sudah meninggal dunia seminggu selepas aku menerima berita itu... apa lagi aku terdiamlah.. dan terus telefon alif. Mamat atau kawan aku ini kemalangan di kemaman, dan dia adalah kawanku bernama Syafiq Akram juga ingin orang mengelarkannya sebagai David Beckham.

Bagi aku, yang pergi itu tetap pergi, kita yang hidup mesti tabah dan teruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini.. hanya yang mampu adalah kita sama-sama mendoakan agar Roh mereka dirahmati, ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman serta syurga yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya dan juga dijauhkan siksaan kubur dan azab api neraka, Amin.

Bila mengenangkan peristiwa, sememangnya banyak yang boleh kita imbas kembali saat-saat gurau senda dan pelbagai perasaan semasa mereka masih hidup. Tapi alangkah bersalahnya bagi diri aku ini, tidak menegurnya semasa di mall itu.. Mungkin aku boleh bertanyakan khabar yang boleh ditukar-tukar cerita dan itu mungkin teguran atau sapaan buat kali terakhir...
AL-FATIHA kepada Muslimin dan Muslimat

1 org y berkomen: