Khamis, 18 Jun 2009

reunion yang bengkang bengkok

sejak aku pulang dari melaka untuk selesaikan function [reunion budak sekolah aku]
setelah sekian lama merancang, maka dengan itu, terjadilah suatu majlis yang ada kalanya berjaya diadakan. Aku balik dari melaka pon sekadar melepaskan tekanan atas kerja-kerja menyiapkan laporan latihan industri aku..

bermula pada petang rabu selepas solat zohor, kawan aku jemput aku ke rumah teman yang beliau juga salah seorang daripada committee dalam majlis itu.. namanya Aqidah aka Qid.. kerja-kerja membungkus hamper dan bungkus mug sebagai hadiah kenangan. masa tu aku sempat laa berbual-bual dengan kawan-kawan lama seperti hanieah yang sudah lama aku tidak berjumpa..

selain bertanya khabar, aku sempat juga bergurau senda dan mengumpat.. mengumpat?? hahha biasalah kerja dengan pompuan mesti kena mengumpat.. tapi bukan pasal apa, pasal kes-kes reunion lah, mungkin tekanan dari kawan-kawan aku semasa mengurus majlis ini mesti di lepaskan melalui luahan perasaan haaha...

haaa.. aku sudah tidak sangka ada jugak kawan aku yang kepala letak di lutut..
tapi aku malas nak bercerita pasal itu dan siapakah orangnya.. biar aku dan orang-orang yang tahu saja tahu.. tapi itu lah, aku penat melayan perangai kawan.. bosan dengan nya.. makin tua makin menjadi-jadi perangai kawan-kawan aku.. baik di mana-mana..

selepas itu banyak juga hari dan aktiviti yang berlangsung seperti menyediakan kad atau buku program, persiapan tempahan dan lain-lain hal seperti dewan, teks ucapan dan idea..

sebut pasal idea, aku amat kagum dengan idea-idea kawan aku yang tiba-tiba muncul, walaupun dalak keadaan kritikal, tapi mampu sumbangkan idea kreatif hahaha.... melalui hiasan dan dekorasi dewan sememangnya bijak bagi kawan aku... syabas kawan!!

dan pada malam majlis itu, amat kurang bersedia ketika menyambut kawan-kawan, yealah kawan lama yang sudah lama tak berjumpa!! ada yang gemok sudah jadi kurus, ada yang mulut bising sekarang sudah jadi pemalu.. wah kagum kepada mereka, tapi ketika aku berucap selaku bekas wakil pelajar, keadaan semakin huru hara.. gamat sangat kerana tata susila mereka tidak terjaga, macam orang tak pernah masuk majlis!! aku ape lagi skip sajalah teks ucapan ku.. dan terus berlangsung kepada bacaan doa makan dan makan...

sedang makan, kami sediakan satu tayangan montaj bagi semua yang hadir bagi mengingat kembali zaman-zaman persekolahan yang teramat rindu dan gila akan masa itu. bagi aku itu pekara biasa tak ada yang istimewa.. kerana hadirin itu melontarkan kata-kata kurang sedap didengar.. yealah lam montaj tuu rata-rata gambar zaman sekolah tuu banyak terselit gambar aku dan kawan aku.. so itu pon nak diperbisingkan... bongok laa kawan aku.. walhalnya aku tak minta pon nak letak gambar tuu, nak tau zaman sekolah aku lah paling best hahaha..

kepada kawan aku [mR. s sila jaga mulut dan perilaku semasa majlis rasmi berlangsung] aku memang hangin kat kau yang poyo dan "kampung".. damn! dia paling aku fuck ketika majlis tuu, perosak!

sambung lagi cerita, so aku wat bodoh je laa kan? "ignoe" je laa [dalam hati panas] aku memag mark giler laa kat mamat mcm tuuutt tu.. menyesal aku jemput.. walaupon niat nak pulihkan keadaan.. maybe kalau kawan-kawan sekolah aku terbaca blog aku ini khususnya entri ini, aku memang tak puas hati dengan DIA...!! nak jer aku sembur depan-depan macam anak jantan, tapi dia tuu apakah daya, dia tuu insan tak sempurna. ...Nahuzubillah..

dan nak cool baran aku, aku layan kawan-kawan aku yang sudah lama tak jumpa, hahaha
aku dan berapa teman lain pulaukan mamat tuu.. masalahnye bukan aku jek yang tak suka perangai beliau yang menjengkelkan tuu.. tapi ada jugak kawan-kawan laki lain.. [pompuan lagi laa] hahaha

baiklah seteusnya majlis diteruskan dengan karaoke.. hem.. hebat juga kawan-kawan aku menyanyi, melalak satu dewan! tapi kawan aku yang baik-baik ni senyap jee.. dan bertemu dengan teman yang lain..

selain itu kami juga sediakan aktiviti lain seperti cabutan bertuah dan king and Queen of the night.. sebagai menghargai jemputan.. walaupon kehadiran separuh daripada 52 orang, tapi majlis tetap meriah.

sebagai penutup majlis, majlis dipohon agar diberkati dengan melalui doa penutup dan sebagai acara terakhir, sesi bergambar berlangsung.. semua GILA hahha...

seronok juga melayan kawan-kawan yang gila, tapi mereka perlu hormat majlis laa..
dan bagi aku itu suatu kejayaan yang baik kerana itu sebagai permulaan pertemuan. Dan itu juga aku dan kawan-kawan aku yang uruskan.. so kami boleh bangga lah! plus kami dapat pujian juga selapas majlis itu.. haaa..... love u oll

selepas tamat majlis itu aku dan kawanaku kemas barang-barang masing-masing dan terus pulang dengan seribu perasaan.... dan aku tido umah kawan aku tuk sesi postmortem..
hehehehe...

maka tamat lah cerita reunion yang tunggang tebalik!!

1 org y berkomen:

QidDy berkata...

u see, mmg tunggang langgang pon...
tp, pape pon, kite da berjaya langsungkan majlis tu kn..
*clap hands ramai2....*