• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • edit
Blue Orange Green Pink Purple

terlintas




"...don't even wanna hear you say, that you know just how it feels,
to have it all and let it slip away...
"


blupp.. unspoken



Read More 0 org y berkomen | di tulis oleh puiz thegreat | edit post

pergi- aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Read More 0 org y berkomen | di tulis oleh puiz thegreat | edit post

Dungun dilanda ribut

Kejadian berlaku pada hari Selasa 29 september. Dalam pukul 7.00-7.40 petang

Ini kejadian kali ke dua aku rasakan rumah aku di pukul ribut. Kejadian ini disusuli pada keesokkan harinya tapi awal sedikit.

Selama ini, aku hanya rasakan ribut ketika aku berada di Hostel MICET saja itupun tidaklah kuat, kali ini rumahku sendiri yang kena. Terasa berdebar juga laa apabila terdengar siulan angin kencang yang melalui celah-celah pokok dan alur tingkap rumah.

Saat itu aku hanya risau takut-takut bumbung rumah akan terangkat dan pokok kelapa di sebelah rumah tumbang menimpa bilik bapak aku. Angin bertiup kencang yang bersama dengan hujan lebat menjadikan ianya kejadian luarbiasa bagi penduduk sekitar.



Aku cuba bukakan pintu rumah, masa nak buka pintu itu, terasa seperti kita masuk ke bilik tekanan vakum. [pernah masuk bilik janaan penyaman udara di pejabat bapak aku] fuhh.. nak terbang pun ada. lepas itu angin menolak masuk ke rumah, aku cepat-cepat tutup pintu tapi ianya sukar. Bila aku sudah tutup pintu itu, kedengaran bunyi bumbung terangkat.. lewat 10 minit, rumahku dibasahi air hujan.. "..Atap Bocorrr...!! " apa lagi, terus mencari baldi, periuk belanga, tupperware, bekas aiskrim, dan segala macam bekas dikeluarkan untuk tadahi air yang menitik. Sedang kelam kabut, tapp... blackout sudah.. teraba-rabalah semuanya.



Dari mencari bekas, sekarang ini pula mencari lilin dan lampu picit. Penat macam berlari dikejar anjing liar dek perasaan cemas. Dalam kepala masing-masing risau kot-kot kabel elektrik terputus, mujur tidak. Aku segera alihkan meja yang dititiki air hujan di meja telifon rumah, termasuk modem Wi-Fi, telifon dan Yellow Pages. Segeraku kemudian ke laptop untuk disimpan ke dalam almari [ sayang beb].

Cuaca kembali tenang. Setelah solat maghrib, aku, kak long dan adikku melihat sekitar rumah.. YaRabbi... Tunggang langgang.. motor TAQ terpesong sedikit, selipar Corcs sebelah lagi dalam longkang, pasu bunga terjatuh, pokok nona senget macam dahan nak patah. Lampu jalan depan rumah hampir menghala ke rumah aku. Dan seperti dijangkakan, aku menyuluh lampu ke arah bumbung rumah hem.. memang ada kerosakkan. Jiranku bumbung rumahnya lebih teruk lagi dari rumah aku. Terus aku ke rumahnya untuk bertanyakan khabarnya hee..



Pukul 9 malam.. kereta TRANSFORMERS melintasi jalan depan rumah kereta bomba lengkap dengan lampu kecemasan. lepas itu, dengarlah siren entah mana arah bunyinya, dan bunyi mesin gergaji rantai, konferm ada pokok tumbang.

Astro, langsung tak boleh tengok mungkin talaan kedudukan piring setelit rumahaku terpesong beberapa darjah. Lecun rumah aku... dan kesokkan hari barulah datang bantuan bencana, datang bertanyakan kerosakkan.. Bumbung rumah aku sampai hari sabtu dan bumbung rumah aku dibaiki hari Ahad 4 Oktober 2009.



Pesanku.. semasa hujan jangan gunakan talian telifon rumah, internet [ via cable LAN ] dan Astro yang mana penyambungan kabel ke peralatan dan sumber elektrik. Ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan peralatan. Sebaiknya matikan semua peralatan termasuk "unplug" dari soket kuasa. Jika mahu gunakan telifon, gunakan "handphone" untuk mengelakan tersambar kilat. Semasa angin kuat, tutup segala pintu rumah dengan rapat, jauhkan dari tingkap. Seeloknya berada di tenggah-tengah dalam rumah untuk mengelakkan serpihan objek berbahaya yang akan tembusi tingkap atau pintu dan juga mengelakan angin masuk sekaligus menolak bumbung rumah ke atas untuk keluar.

Sungguh Dramatik ketika itu. Hebat sungguh kejadian alam!
Read More 0 org y berkomen | di tulis oleh puiz thegreat | edit post

Pertunangan Seorang Sahabat

Macam biasalah, entri kali ini pasal cerita yang lepas hahahah..

Pada hari Sabtu [19 september] bersamaan Ramadhan 29. Si budak bernama aliff call aku pasal ada kiriman kad jemputan ke majlis pertunangan seorang kawan yang akan menuju ke gerbang perkahwinan, tapi seorang sahabat ini datangnya sejak zaman sekolah lagi. Kiranya ini kali ke-empat kawan aku yang berada dalam senarai teman seperjuangan hidup aku berkahwin. [dalam kiraan aku lah] Hem.. memang seronok kahwin ni kan? Tak sabar la pula tunggu giliran aku. wawawawaa

Terima Kasih juga kepada kawan aku Sue, [kawan rapat beliau] yang mana sudi meluangkan masanya untuk menyampaikan berita baik ini melalui kad jemputan pertunangan kalau tidak kerananya, mesti kami semua tidak tahu.



TAHNIAH KEPADA:

EZMA FARRAZINDA BT MAZLAN DAN REZIEZ,
JUGA KELUARGA

DIATAS MAJLIS PERTUNANGANNYA, JUGA TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJEMPUT KAMI KE MAJLIS BERSEJARAH ANDA

majlis ini telah berlangsung pada:

24 September 2009 / 5 Syawal 1430 H
hari Khamis bertempat di Kediamannya Jalan Lapangan Terbang dan tepat jam 2.35 petang,
jari keempatnya (jari manis) pada tangan kanan disarungkan CINCIN PERTUNANGAN oleh bakal ibu mertua.



Ini memandakan bahawa dia sudah di CHUP oleh bakal suaminya.. Kalau tidak percaya, jumpalah dia dan tengok sendiri pada jarinya. Hahh.. yang lain jangan mengada-gada nak berebut-rebut denganya.. kui-kui.. Diharap agar kawan aku ini dapat naik ke pelamin perkahwinan pula. Bilakah? Tunggu sahajalah.. tidak sabar rasanya..



Agak kecewa juga bila aku tidak berkesempatan untuk hadiri ke majlis beliau kerana ada urusan lain. Harap dimaafkan, tunggu sahajalah dimajlis perkahwinan pula.. Kepada Aliff dan Acik, terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ini.

Justify Full

-TAMAT-


Read More 0 org y berkomen | di tulis oleh puiz thegreat | edit post

Hari Raya: Selamat Hari Raya

Tarikh: 20 september
Hari: Ahad
Bersamaan: 1 Syawal

Awal pagi yang mulia, aku bangun sedikit lewat. Mujurlah baju melayu aku dah digosok oleh abang aku hehehe.. Thanks Bro!. Lepas check baju dan sampin dah tersedia, aku pun menuju ke bilik mandi, mandi sunat aidilfitri dan berwudhuk.

Sarapan pagi dan bersiap-siap untuk ke masjid. Kali ini masjid yang menjadi pilihan adalah Masjid Baru Sura. Kelihatan Ramai orang barpusu-pusu yang lengkap berbaju melayu yang segak manakala permpuan pula anggun barkain sembahyang yang ada sedikit corak sulaman. Suasana pula sunggun indah dan tenang berbanding hari-hari biasa.

Selepas selesai solat, kami terus ke pusara ibuku untuk menziarahi dan bacaan Yasin. Kami sekeluarga dan Saudara terdekat juga sepupu aku sama-sama membacakan surah yasin dan doa kepada Arwah Ibuku.

Kemudian, barulah kami mulakan menjalankan pekara-pekara yang lain seperti menziarahi rumah saudara-mara, kawan-kawan yang biasanya jarang kunjung ke rumah heheheh.
Dan menjelang tengahari pula, tibalah saudara sebangsa [BANGSA CINA] walaupun beza agama. Dan kami melayani mereka penuh gembira dan suasana ketika itu meriah. Aku beraya sehingga melewati malam itu.


Tarikh: 21 - 22 september
Hari: Isnin - Selasa
Bersamaan: 2 - 3 Syawal

Untuk hari Raya kedua, kawan-kawan seperjuangan bertandang beraya ke rumahku. Dan segalanya berterusan sehingga ke hari raya seterusnya. Masa sungguh cemburui kami semua. hahaha Beraya sampai tak ingat dunia.


Tarikh: 24 september
Hari: Rabu
Bersamaan: 5 Syawal

Ke ruamh sahabat, Hanieah. Beliau jemput beraya ke rumah beliau. Aku bersama teman: Alif, Azrul, Saifulddin, Yiedin, Fiq, Qid, dan Sheda. Dan agenda seterusnya ke Rumah Idda untuk hadiri majlis perkahwinan kakaknya. Malam itu, kami semua ke rumah Fiq. Sesi MAKAN-MAKAN SAMBIL MENGILAI-GILAI hahahaha... ditambahkan lagi kehadiran Acik. Wahh Seronok juga, ketika itu mulalah kami berbincang untuk menjenguk kawan sesekolah yang dapat baby yang CHUMMELY...

Tarikh: 25 september
Hari: Khamais
Bersamaan: 6 Syawal

Aku bersama Alif, Qid dan Acik ke bandar untuk mencari hadiah khas untuk baby kawan aku ini.
Waktu itu amat teruja bila Saat-saat mencari barangan apakah yang paling terbaik buatnya. Dan dapatlah kami hadiahkan set tidur untuk bayi. Dan aku menhadiahkan untuk kawan aku berupa jus khasiat dari Ana Edar Sdn. Bhd.



Harap semua ini bolehlah kawan-kawan aku tumpang gembira sekaki hahaha.. Cayala kawan!

Itulah setikit sebanyak laporan khas untuk Hari Raya 2009! Sebenarnya banyak lagi ceritanya. Tapi Bosan laa nanti pembaca heh...

Dengan ini, aku mengucapkan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

KEPADA SEMUA FOLLOWER-FOLLOWER, KAWAN-KAWAN, PEMBACA TETAP MAHUPUN PEMBACA YANG SINGGAH DI PUIZTHEGREAT.

ANDAI ADA SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENBACA ENTRI-ENTRI AKU

Read More 0 org y berkomen | di tulis oleh puiz thegreat | edit post

Hari Raya : persiapan hari lebaran

Tarikh: 19 september
Hari: Sabtu
Bersamaan: 29 ramadhan

Hari ini hari terakhir umat Islam berpuasa di bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak.

Permulaan hari dimulakan pada subuh, ketika itu semua orang rumah aku tidak terjaga untuk bersahur dan abah aku tidak ber Qial mulail. setelah mandi dan solat, aku bersama abang aku dan abah bergerak ke kuala Terengganu untuk mencari baju melayu. Perh awal giler gerak. Maklum lah mahu ke sana awal nanti tidaklah sesak orang nak pulang ke kampung. Itu alasan abahku.

sampai di sana pukul 8.30 pagi, lepak di office sampai pukul 10 lebih. dan barulah turun ke bandar Kuala Terangganu untuk bershopping. Aku lebih suka ke Kuantan, tapi kerana lebih dekat di sana, terpaksalah! Mesra Mall pun tiada apa-apa.

Mencari baju melayu yang sesuai dengan saiz badan sememangnya susah tambahan lagi membeli pada saat-saat akhir.

kami target baju jenama john master, tapi saiz untuk aku dan abang aku tiada, dan jenis kain dan corak warna tidak berkenan. Abah aku sahaja dapat apa yang beliau mahukan.. kecewa.

Aku pun tidak putus asa, kerana aku mahu baju melayu juga buat tahun ini, sebabnya aku nak beraya sakan bersama teman dan keluarga! Dalam mencari baju di sana, terjumpalah sepasang baju melayu yang aku tercari-cari. warna emas-coklat cappuccino. Geram punya pasal aku pun terus tanya "..saiz S ada tak?" fuhh..... nasib ada, aku cuba pakai.. hem SESUAI !! Masa tengah cuba, tengok "tag" harga

jenama: Crocodile
saiz: S
harga: RM169.90

ewww....... mahal giler!!

iwan tanpa kecewa, dia mengalah "..tak ada baju melayu tahun ini tak mengapa.."

setelah bayar balik ke pejabat. Tunggu sampai habis Shif abah. Tengah tunggu, datang kenalan abahku dari kelantan, dia bagi stok bunga api dan mercun!

Petang, singgah ke Giant mall, beli barang masak untuk makan hari raya nanti. Sungguh Sesak!

sampai rumah, sembahyang dan buka stok bunga api dan mercun sekali baju melayu! Selepas berbuka puasa buat kali terakhir [agak kelam kabut dan kecoh juga] kami bermain mercun dan bunga api! ketika itu, suasana sunyi awal lebaran bergema mercun dan bunga api. Sungguh meriah dari tahun-tahun lepas. Apa lagi berlawan lah sambin mencuba bercun dan bunga api y ng pelik-pelik.

Bersiap-siap solat dan tunggu waktu isyak. Solat berjemaah dia masjid dan sudah menjadi kebiasaan keluarga aku pada malam syawal, kami akan bertakbir, bertahmid, dan berzikir kepada ilahi sebagai aktiviti tetap untuk menyambut hari raya.

Selepas itu, sibuk mengemas dan bersiap-siap seperti basuh baju raya, gelas dan sebagainya.

Aktiviti berakhir pukul 2.30 pagi.


p/s: pada hari jumaat. aku, iwan, kak long dan abah berbuka puasa di masjid. kerana ada majlis berbuka dan pemberian sumbangan anak perantau. AKU ANAK PERANTAU KE? walhalnya aku sudah tamap pengajian hahhahah.. Rezeki Ramadhan!
Read More 0 org y berkomen | di tulis oleh puiz thegreat | edit post

Hari Raya: menjelang hari raya

Tarikh: 14 september
Hari: Isnin
Bersamaan: 24 ramadhan

Kak long balik dari bangi [sampai subuh], pukul 11.03 pagi beliau kejutkan aku untuk pergi teman beliau ke kuala terengganu jemput uyu dari uitm k.t. tapi sebelum itu aku mahu fakskan aku punya slip bayaran dan surat jawapan konvo aku ke unikl micet.

Sedang aku mengfakskan benda tu, kak long aku pergi ke kedai barangan elektrik untuk "survey" barang dan harga set dapur baru. heheh.. seronok juga kalau ada barang baru untuk memasak di dapur. Habis masa di situ lebih kurang 1 jam setengah. Dan selepas itu terus ke K.T

Sampai di K.T, aku teman mereka mencari pasu bunga untuk letakkan bunga yang baru beli oleh kakak aku- kak long.

Lepas tu pulang ke rumah, singgah di masjid ladang kuala terengganu, untuk solat zohor dan asar. kelihatan masjid tu sangat baik berbeza dari masa aku kecil dulu. TERENGGANU DAH MAJU.

Malam selepas terawih, ke bandar Dungun untuk membeli barangan buat biskut. sambil tu cuba intai pelita dan pasu bunga tapi tiada berkenan. Yang ada hanya letih dan dahaga sambil tengok gelagat orang sibuk berpusu-pusu membeli barangan persiapan hari raya.


Tarikh: 15 september
Hari: Selasa
Bersamaan: 25 ramadhan

Bersahur dengan cerah biji mata dan kali ini kerja ku hanya makan sahaja oleh kerana kak long sediakan masakan.. heheheh lega skit. setelah solat subuh, bukak astro, tengok cerita Qalisha. hahah aku suka tengok watak "ustaz muz" habis cerita itu aku kembali ke bilik terus ke katil untuk tidur! wah seronoknya [mahal Rezeki aku].

Petang, mengecat pagar rumah aku yang berwarna putih menyerlah [dari sekolah rendah sudah nampak pagarku hehehehe] well rumahku kan digelar white house hehh.. penat giler sampai hitam dah macam mat indon jer. Aktiviti itu berhenti pada pukul 5.++ petang.

Malam, teman buat biskut raya bersama kak long dan atilah, 3 jenis sekali gus, sampai mata aku dah tak bolah nak celik. Sampai subuh tak siap lagi nak bakar biskut tu. kak long aku lah giler nak tunggu abang aku balik dari kedah. padahal dia sampai pukul 8 lebih. Dalam masa yang sama aku pasang pelita yang menaikan lagi seri rumahku hehehe.

Tarikh: 16-18 september
Hari: Rabu-Jumaat
Bersamaan: 26-28 ramadhan

Aktiviti sama seperti hari-hari biasa. Contohnya,

membersihkan halaman rumah, mengecat pagar yang masih lagi berbaki.

Malam itu aku cuba buatkan air soya! sedap sangat seperti kat bazar dan pasar malam.
Ingatkan tahun ini nak cuba buat bubur lambuk, tapi malangnya tak sempat nak cubanya heheh.


bersambung.........
Read More 0 org y berkomen | di tulis oleh puiz thegreat | edit post
Catatan Lama

puiz thegreat

  • thegreat
      sekadar nk bercerita..., tatabahasa y hancur... luahan rasa.. tp bkn nk mintak perhatian.. sekadar nk berkongsi.. berbual kosong.. mengarut....
  • Facebook Badge

    Puiz Thegreat | Create Your Badge

    Mengenai Saya

    Foto Saya
    puiz thegreat
    Lihat profil lengkap saya

    profile lain

    • Hi5
    • myspace
    • facebook
    • friendster

    soal selidik skit

    siapa jejaki?

    sembang panas

    glober blog aku

    • buddies on the block
      *from qiddy* CIK FIQ SAYANG....
      6 beberapa hari yang lalu
    • BERRIESphat The schones Gesicht..
      MESRA MALL..: PIZZA HUT KERTEH
      6 beberapa hari yang lalu
    • Kau Silap Cakap, Kami Tulis
      Pengakuan di Facebook
      6 beberapa hari yang lalu
    • huziology
      don't tell anyone, but...
      6 beberapa hari yang lalu
    • My LiFe..& da nOst@LG!@.. =)
      damn it..i miss him to much...
      6 beberapa hari yang lalu
    • [ DuH! WHATEVER ]
      =KERJA=
      1 minggu yang lalu
    • TukaNg KaruT
      Now eVerYoNe caN fLY....
      2 beberapa minggu yang lalu
    • Nasi Kerabu Ulam Tauge
      alhadi dan kemaskini
      3 beberapa minggu yang lalu
    • berbicara dengan rembulan!!!!!
      17oct2009
      4 beberapa minggu yang lalu
    • As Time Goes By.....
      this is the end.......
      5 beberapa minggu yang lalu
    • ::SoMeWhere I BeLonG::
      ::TherModyNamiC::
      5 beberapa minggu yang lalu
    • .:|jUdiCiouS_iCon'S|:.
      Update jugak akhirnya...
      1 bulan yang lepas
    • the melody beats
      Dear stuff,
      1 bulan yang lepas
    • .::Juz A LitTle Bit Of EveRytHinG::.
      CLUB DAY@M!CET
      2 beberapa blan yang lalu
    • dari mana-mana ke sini
      uitm the scool of blurrr
      4 beberapa blan yang lalu
    • [ time.2.go.cRazy ]
      KEDEKUT???
      4 beberapa blan yang lalu
    • When I'm Sayin...
      Promotions???
      4 beberapa blan yang lalu
    • PROTECTION AND WELFARE OF WILD ANIMALS
      HOW TO HELP WILDLIFE ANIMALS??
      8 beberapa blan yang lalu
    • [ropi].kepalapusing
      raye aji..
      11 beberapa blan yang lalu
    • Blogger: Login to read

    bacalah kalau mampu

    • ▼  2009 (52)
      • ▼  November (1)
        • terlintas
      • ►  Oktober (6)
        • pergi- aizat
        • Dungun dilanda ribut
        • Pertunangan Seorang Sahabat
        • Hari Raya: Selamat Hari Raya
        • Hari Raya : persiapan hari lebaran
        • Hari Raya: menjelang hari raya
      • ►  September (2)
        • terawih malam ke 19
        • mercun bola
      • ►  Ogos (9)
        • selamat hari merdeka ke 52
        • 3 hari yang baik
        • tak sabar nak tunggu ramadhan
        • rasa nak demam
        • hujan lagi hari ini
        • al-fatiha
        • rambut pendek
        • bumi
        • lama tak update + balik + hantar iwan
      • ►  Julai (1)
        • pecah rekod aku bil maxis aku
      • ►  Jun (3)
        • reunion yang bengkang bengkok
        • tugasan aku makin selesai tapi harinya bangang
        • aku kekurangan mood untuk berbloging
      • ►  Mei (3)
        • aku berhibernasi sebentar
        • hilang selera makan
        • aku suka bangun pagi
      • ►  April (11)
        • besh giler
        • malas
        • bila hero dah boring, ke dapur melepaskan perasaa...
        • cuaca panas buatkan semua tidak selesa
        • survey..
        • congrats brother!!
        • sabar.. sikit jer lagi nk abis li...
        • i love my sweetheart cinta slurpee
        • aku mau jadi tkenal..
        • makan2 sampai giler
        • mcm mana nk abis nih??
      • ►  Mac (5)
        • gambar terbaru penaip
        • ESPRIT
        • makanan segeraku...
        • hati busuk
        • terok kan ak..!!
      • ►  Februari (8)
        • senyum dengan gigi cemerlang
        • aku nk beli ini
        • aku role model..!!!
        • good to know
        • kegiatan y kadang kala boleh meruntuhkan akhlak
        • hanger UniKL??
        • bubur pulut itam- huzai mgidam...
        • aku penat ... aku mahu tido
      • ►  Januari (3)
        • aku sudah menjadi pengikrar tuk derma organ
    • ►  2008 (28)
      • ►  Disember (9)
      • ►  November (16)
      • ►  September (2)
      • ►  Ogos (1)

    blog lain

    • Che Det
      ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI
      2 beberapa jam yang lalu
    • Bersama Mazidul
      Anak Haram
      19 beberapa jam yang lalu
    • Care for a crime or two,anyone?
      Kuching yang basah
      4 beberapa hari yang lalu

    selalu online

    • youtube!
    • maxisku
    • alumniku
    • new straits times
    • berita harian online
    • the star
    • bernama
    • utusan online
    • harian metro

    widgets
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright puiz thegreat. All rights reserved.
    Blogger Layout | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Studio House Design

    Back to Top